Saturday, 21 April 2012

PROPA AZZA

Salam..
Saja nak nunjuk pada korang majalah yang aku buat sempena Sukan PKN
hahahahahah..........
Waktu tu takda keje sangat maklumlah aku suka siapkan keje seawal jam 7.00 pagi
So, menggediklah tangan aku main ngan ADOBE PHOTOSHOP...


Sunday, 13 November 2011

myCERPEN - PERLAHAN-LAHAN

Pelahan-lahan aku bangkit dari tidur, mataku masih kabur dan terasa bengkak. Entah berapa liter air mata yang keluar tak dapat ku pastikan. Entah kenapa selepas berita itu sampai ke gegendang telingaku, melalui koklea dan terus diterjemahkan oleh serebrum di otakku, aku tak dapat menahan sebak, sesaat berlalu terus mata jernihku memuntahkan air terjun bak air terjun Niagara. Tidak cukup dengan itu, aku berlari lantas menumbuk-numbuk dinding. Menjerit dan meraung seolah-olah sudah layak sangat untuk dicalonkan ke Hospital Tanjung Rambutan. Walaupun begitu  aku masih sedar semua orang di sekeliling memandang dan memerhatiku. Ah! persetankan semua itu. Lantaklah mereka nak kata apa, aku tak pinjam pun air mata diorang, sebab setahu aku berapa banyak gelen pun kita tumpahkan air mata, tak pernah kering. Ya Allah! besarnya kuasa tuhan. Maha Pencipta. Aku bertasbih seketika. Apa lagi yang boleh ku lakukan, aku hanya insan kecil. Walau apapun, aku harus terima hakikat ini, Siapa aku untuk membantah. Perlahan-lahan aku bangkit dengan semangat yang baru penuh dengan cita-cita setinggi gunung Everest. Ya, aku ikut arahan ibu, dan tunaikan harapan arwah ayah untuk menjadi pelajar di TADIKA ISLAM itu.


Perlahan-lahan ku turun dari kereta hak milik kekal Paklangku (kalau dah habis bayor ler) menapak satu persatu menuju ke sebuah rumah taraf biasa (maknanya bukan banglo lar) sambil menggalas beg sekolah berjenama biasa, sebab ketika itu aku masih belum mengenali jenama LV, Gucci ataupun GUESS. Semua kanak-kanak berpakaian hijau, berkopiah putih sedang bermain sambil berlari-lari dengan riangnya. Ada juga yang teresak-esak menangis hiba seoalah-olah baru lepas mati bini/laki gayanya. Mataku meliar memandang sekeliling, Entah apa yang yang aku cari, aku sendiri mati akal. Tiba-tiba pandangan ku terbantut dikejutkan dengan deringan loceng. Seorang wanita lagak gaya seorang ibu mengarahkan semua murid untuk masuk ke kelas. Sedikit merengus hati ini, malas nak melangkah masuk. Memikirkan perkara yang sama diajar semalam akan di ulang pada hari ini. Pelabagai persoalan menebak kotak pemikiran aku, sampai bila hidup aku akan di atur begini, pagi datang ke kelas, tengahari balik, petang main dan malam tidur. Esok pastinya akan berulang kronologi cerita yang sama.
Hatiku mula memberontak......

Perlahan-perlahan aku melangkah masuk ke kelas 1 Tekun di Sekolah Rendah Kebangsaan Lembayung Sepi. Aduh! sepi betul hati ni nak mengikuti kelas pertama di sekolah ini. Malas, mengantuk, menyampah pun ada. Melihat sebuah bangku kosong di hujung kelas aku cepat-cepat mengambilnya, takut-takut ada budak lain yang mahukannya, nanti kalau tak bagi menangis pula, almaklumlah budak darjah satu, banyak ragamnya. Alhamdulillah, bukan sesiapa punya hak milik meja ini. Mataku meliar memandang sekeliling, melihat-lihat akan beg-beg sekolah murid darjah satu di kelas aku. Ben10, Upin-upin dan transfomer. Jenama-jenama yang cukup tidak asing dikalangan kanak-kanak. Haish! takda pula yang menggalas beg-beg berjenama seperti Padini, Guess jauh sekali Versace atau Gucci. Kembang seketika aku. Aku? Seminggu sebelum masuk sekolah ibu sudah menghubungi kakak sepupuku yang bekerja sebagai Pegawai Maklumat di Kementerian Penerangan untuk membelikan beg sekolah berjenama yang aku inginkan. Tersenyum lebar aku apabila mendengar perbualan mereka di telefon. Selang beberapa hari kemudian, kepulangan kakak sepupuku ke kampung dengan menaiki Toyota Caldina kesayangannya benar-benar meresahkanku. Maklumlah menanti sesuatu yang sangat diinginkan boleh membuatkan sistem imuniti badan menjadi tidak stabil. Tatkala kakak sepupuku baru sahaja menapakkan kakinya yang tersarung kasut sentuhan Jimmy Choo aku terus meluru kepadanya. Memaksanya mengeluarkan 'kezutan' yang aku impikan. Alhamdullilah dapat juga aku menggalas beg berjenama Gucci yang dibeli oleh kakak sepupuku di Petaling Street. Terima kasih Mak....
xc

Thursday, 10 November 2011

TONGKANG PECHA jadi ISTANA KAYANGAN

 WOW, very der vass sangat idea 'pakcik' ni dalam menata rias kembali rumah-rumah yang ala-ala tongkang pecah tersadai di gigi pantai (chewahh bahasa tak hengat). Bertemankan idea dan kreativiti, di pimpin plak oleh experience yang berbakul, confirm la menjadi hasil sentuhan 'pakcik' ni. ala-ala sang pari-pari yang hanya meliukkan jemari sambil memanggang stick sakti, rumah hina lagi lagi dina bertukar ceria.

SEBELUM


SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS

SEBELUM
SELEPAS

PROPA AZZA

Salam.. Saja nak nunjuk pada korang majalah yang aku buat sempena Sukan PKN hahahahahah.......... Waktu tu takda keje sangat ...